David Cook - Always Be My Baby

Saturday, November 10, 2012

Hai, Assalamualaikum semua!

It's been a long time saya tak jejak kaki kat blog nie. Dalam hati nie terdetik pulak nak tengok blog aku yang dah lama berkepuk habuk sebab dah lama tak datang. Hehe.. Terasa rindu pulak nak blogging. Saya ada satu benda nak share tentang LELAKI. Haa, asyik-asyik kita dengar cerita tentang PEREMPUAN je kan. Sekali sekala kita dengar apa pulak yang perempuan perlu tahu tentang lelaki bila dikaitkan dengan CINTA. Let's check it out-->



18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 

2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.







Ha, macam mana? Adakah anda(perempuan) sudah betul-betul pasti anda sudah kenali lelaki? Well, harap post ini dapat membantu serba sedikit perihal lelaki dalam bab cinta. Setakat ini sahaja post saya untuk kali ini. See ya again~ Chowz!

Thursday, January 19, 2012

About to E.X.P.L.O.D.E !!!

Kau kata aku SELFISH ea? Kau nak tengok perangai aku pulak? Pasal aku deactivate Facebook pown kau nak mengamok kat aku sampai 'kau aku' dengan aku?  hekeleh weyh, bende kecik je nie la yang sampai kau nak marah aku gila babi pesal?? Hmmm..Aku rase aku dah terlebih bagi muke kat kau agaknye. Aku terlalu manja kan kau, aku tau, kau mesti fikir yang aku xkan marah kau kan? Weh, aku pown manusia la,aku pown ade limit sabar jugak taw, nak2 lak aku nie jenis hot temper!

Selama nie aku banyak mengalah nan kau kan, ape kau nak kalau boleh semua aku nak bagi kan, siap datang sana lagi untuk kau kan, TU POWN KAU KATA AKU SELFISH! kang aku cakap lagi, kau kata aku mengungkit, bila aku nak ajar siket kat kau, bagi pengajaran, kau kata aku nak balas dendam. Kau nak tengok aku nye perangai pulak?? Pasal hal nie pown nak buat muka dengan aku, pasal deactivate FB emosi smpi tak contact aku , eleh, kau selama nie tak FB nan aku pown boleh contact dengan boyfriend kau kan? Tak FB pown kau still nan boyfriend kau kan? Ok! KAU TENGOK AKU BUAT PERANGAI PULAK!!!

#MOOD: terlalu bagi muka, kena bagi dia pengajaran siket!!

@ sorry to my readers, aku tak tahan la sedih n pilu yg aku menanggung selama nie, aku tak bagi tahu dia apa aku rasa selama nie sebab aku ingat dia faham apa aku rasa, tapi looks like aku je yang faham dia kat sana, bukan niat untuk showoff, tapi as i mention before, kadang2 blog aku jadi diary aku. cbe tengok link blog aku balik mesti kau faham.

Thursday, December 29, 2011

Nikah khitbah: Surat untuk ibu bapa ku yang tercinta!

Sebelum korang baca ini, aku nak korang FAHAM yang post ini bukan untuk korang dan aku tak suruh korang bagi komen yang merepek dan aku tak suruh korang faham pown. Post ini sebenar2 nya hanya untuk diri ku kerana aku lebih selesa tulis disini dan mungkin senang untuk aku copy and paste kat surat betul2 aku nanti. So, harap maklum. Noted!

"Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan umi yang ku cintai. 
Kery pun tak berapa jelas mengapa kery nak tulis surat ni kepada umi dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, kery tak pernah tulis surat untuk umi dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, kery selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang kery tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, kery sebenarnya nak minta redha dari umi dan ayah untuk bernikah. Mungkin umi dan ayah terkejut apabila kery cakap macam ni. Kery bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Kery nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, Kery akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kery bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi kery nak umi dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti kery, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon,  kery dah ada. Umi dan ayah jangan risau , yang penting umi dan ayah bersedia. Kery lebih suka calon tu kery yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk Kery.
Umi dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak kery akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang kery nikahi nanti. Seperti yang kery katakan awal-awal tadi, kery nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh kery belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka kery akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau kery telefon dia, kery dapat pahala, kery rindu kat dia, kery dapat pahala, kery bagi hadiah kat dia, kery dapat pahala malahan kalau kery keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kery tahu umi dan ayah memang selalu cakap mengenai kery dengan 'si dia' itu. Kery tahu, umi dan ayah tidak suka dengan cara kery bersama dengan dia. Nah, bak kata pepatah, surat ini dan kenyataan di atas ibarat seperti "bertemu buku dengan ruas". Kery rasa umi ayah pun setuju yang kita mesti lebihkan ikut agama dari ikut kepala kita sendiri. Dari ikut kepala kery sendiri, lebih baik kery mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan kery masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka kery akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib kery bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM200 sebulan, maka kery akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau atuk bagi umi baju sebagai hadiah, takkan umi tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Umi akan terima juga. Kalau atuk menjamu umi dengan makanan, umi jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau umi dan ayah masih kurang jelas, umi boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Umi dan ayah jangan risau, sebelum kery nak nikah, kery akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri kery. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, kery tangguh dulu. Apa-apa pun, kery tegaskan sekali lagi, kery nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Kery tengok semua kawan-kawan kery nikah awal dalam umur 22 tahun. kery cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu kery tua nanti, kery tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak kery nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Kery juga harap, anak-anak kery nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum umi dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Diharap umi dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Kery nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi kery, kalau kery membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab kery pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja kery membicarakan hal nikah ni ketika mana kery baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, kery dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat kery ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kery tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang kery katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak , mungkin mereka tak setuju dengan keputusan kery ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, kery akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan kery di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. 
Puteramu:
Fikri a.k.a Kery"



# I hope that they can read this because I really-really mean it! I repeat, REALLY-REALLY MEAN IT !! 

Monday, December 12, 2011

PERASAAN YANG AKU SELALU RASA~

AMARAN! POST KALI INI BERUNSUR PERASAAN. JIKA RASA GELI DENGAN POST MENGENAI PERASAAN, SILA BLAH DARI BLOG AKU!!

Korang pernah tak berimpi DAN sedang membina satu istana pasir yang besar, yang sangat-sangat besar? Aku jamin korang mesti pernah berimpi sesuatu yang tinggi. Kemudian, ape yang korang impi kan itu lagi beberapa percent lagi nak achieve, TIBA-TIBA, , it just a hit of one small rock and everything goes wrong at the climate time. Korang pernah rasa tak perasaan macam ni? *errmmmmm.....

Aku tengah rasa perasaan tu, , :'(

It just a few days more to my climate date of year 2011. And suddenly , it just fallen~ just fall, and hancur berkecai~ punah semua harapan aku yang bergunung tinggi yang aku memang komfirm everything's gonna be smooth. Tak apa, aku nie jenis yang senang faham orang. Tapi aku tahu, orang yang paling dekat dengan aku pun masih tak dapat memahami aku . Maybe aku ini jenis yang selalu manipulasi keadaan sampai kan orang lain tak tahu aku happy atau tak, okay atau tak , dalam situasi tersebut.

Aku tak nak orang yang aku kenal tak suka/tak selesa dengan aku yang sangat-sangat sensitif..ini kan pula dengan orang yang aku sangat sangat sayang. So, aku dengan full effort akan tutup dan cover habis semua perasaan aku dengan keluarkan perasaan faham dan suke dan enjoy dengan keputusan orang itu. Namun pada hakikatnya???

Since bulan Mac-Disember 2011(equal to nine months) aku menunggu detik ini, bagi korang jangkamasa nie mungkin sikit, tapi bagi orang yang type macam aku, aku rasa aku berhak untuk sedih. Merindui orang tersayang yang duduk nun jauh dari diri ku, kemudian menangkis perasaan rindu dengan keadaan aku yang dikelilingi perempuan EVERYDAY(sebab aku duduk U, aku berselisih dengan ladies di mana2,bukan sebab aku playboy ok?), dengan aku asyik lihat couple2 sekelilingku bahagia EVERYDAY dengan others challenge-challenge yang aku hadapi EVERYDAY, aku tak ada lah cakap yang aku ni baik, tapi aku tolong couple2 yang hadapi masalah bercinta banyak kali dah tapi aku nya masalah? masih macam tu, masalah orang aku leh selesaikan tapi masalah sendiri??hmmm,lantak korang lah ape yang korang rasa tapi, , aku rasa aku berhak untuk desperate untuk jumpa dia A.S.A.P.

Tapi aku tahu, manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan . Tak apa, aku redha dan aku faham dengan masalah yang engkau hadapi, dengan perasaan yang engkau hadapi, dengan plan yang kau rancang tapi tak jadinya lagi..Aku dapat rasa pengorbanan kau. Sebab itu aku beria-ia / berusaha gila gila untuk jumpa engkau. Tapi aku rasa kita akan dapat jumpa lagy dalam tahun 2012 nanti, sebab aku tahu kau sangat busy every week dan aku sangat tak busy every day and week kn, Dah lama aku nak cakap ini dekat depan kau(LIVE) sambil peluk kau agar kau dapat lihat betapa betul nya aku rasa ini everyday tapi aku tahu, peluang itu sudah hancur punah , , , : "I MISS YOU SO SO MUCH~~" :'( :'( :'(

Sunday, December 11, 2011

THIRST 2011 - TIESTO!

Hello and Welcome back Fick! =.=" Blog nie dah bersawang-sawang dah sebab kau dah lame tinggalkan dia. lepas tu baru sekarang kau nak update semula blog ko nie? *"tak lah, aku just happy bile tengok my baby gurl dah start blogging back!"* Hehe, selepas sekian lama kau berdiam akhirnya kau bermula semula aktiviti masa lapang kau dengan memblogging a.k.a blogwalking ! *sudah lama gua tunggu ini masa~

merujuk kepada perkara di atas, *hah!macambuatkaranganseyh!* Pada 10 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu, Heineken Company buat satu Music Dance Festival yang menjemput The best DJ In The World ke Sepang International Circuit, Sepang, Malaysia iaitu TIESTOOOO!!!!!! Aku bukan nak kata ape la kan, tapi bagi aku that night was the BEST event I've ever had so far !!! Fuyoo besttt gilerrr!

That night aku ber-dance 5 JAM NON-STOP!*korang percaya tak? Tapi seriously korang tak rasa nak berhenti menari pown sebab lagu lagu diorang sangat memukau sasau doe ~ event kau sedar yang kepenatan telah menyelubungi diri korang tapi korang tak boleh nak berhenti sebab lagu yang dimainkan akan memaksa korang untuk terus menari ! #tu yang sampai satu badan aku sakit-sakit sampai sekarang. :-P Malam tu ada 3 DJ yang agak gempak sangat yang hadir tampilkan lagu2 berunsur House, Trance, Electrolica, Hypnotize Trance dan seangkatan dengan genre tersebut. DJ-DJ tersebut ialah DJ Gabriel, DJ Blink dan DJ Tiesto ! Here They Are!!


Dj Blink
Thirst Party Promotion
Dj Tiesto
Sorry, can't show you DJ blink cause aku tak ade picture dia (Gi cari sendiri la kalau nak kenal sangat@)

Antara lagu-lagu Top yang Dj Tiesto main waktu malam 10 Dec :

  • Kaleidoscope (remixed)
  • Escape Me (remixed)
  • Feel It In My Bones(remixed)
  • Knock You Out(remixed)
  • Louder Than Boom(remixed)
  • Surrounded by Light(remixed)
  • Maximal Crazy(remixed)
  • Work hard, Play Hard(remixed)
  • Lethal Industry(remixed)
  • Feel It(remixed)

Semua lagu di atas sudah di Mix kan for more excitement! Perghh!!! Mix tak macam sedap pulak kan~



\o/\0/\o/ Tiesto! , Love You Bro!!!!




~chowz~ 

Friday, November 18, 2011

Most Common Words That Women Use~

FINE 
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. 

LIMA MINIT 
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. 

MENGELUH YANG PERLAHAN 
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 

OKAY LAH 
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. 

BUAT LAH 
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 

TOLONGLAH 
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Wednesday, November 9, 2011

Kepada semua pelajar BATCH 0711 yang mengenali saya,terutama di S.S.A.S , K.U.S.E.S.S , S.M.K.G.B , T.I.G.S , DAN LAIN LAIN *banyak sangat name skolah, malas aku nak taip!  saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 bagi batch 0711! Semoga kalian berjaya dengan cemerlangnya nanti ! Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan maaf kepada sesiapa yang kecil hati atau pun saya terkasar bahasa ketika anda semua mengenali saya. Walaupun saya bukan batch 0711 sndri..*hehe~namun saya bukan manusia sempurna. Maafkan saya dan selamat berjaya! Saya akn mendoa kan semua pelajar batch 0711 di seluruh Malaysia agar berjaya . Untuk kecemerlangan  negara kita bersama.~ Ikhlas dari saya~Fikri a.k.a Fik a.k.a Freezy Ficx =) 
Dengan demikian, di sini saya ini ingin berkongsi dengan anda semua terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Hari Isnin nanti dan seterusnya. Saya memang tak ada lah pandai mana atau macam kaunselor namun saya buat ini dengan niat dari hati saya sendiri . Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk preparation korang . Antaranya ialah :

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? *kunci yang bukak pintu dewan peperiksaan ? >.< Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.


3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali revise subjek yang korang suka je, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. 

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawabBukan nak bagi korang semua mntx jawapan kt member ok?
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, jangan pikirkan langsung selepas habis peperiksaan. Fokus kan kepada kertas berikut nya.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktuberdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


8. Ini aku buat sendiri~Di kala waktu genting mcm nie , mesti korang semua ingin memberitahu kawan2 atau sesiapa yg istimewa buat anda. Lebih2 lagy dekat Facebook kn? Ha, dalam waktu2 macam nie, korang kalau boleh xyah la online2 selalu kalau boleh jangan online langsung! Tolong set kn mind korang, korang nga duduki SPM, sesuatu yg menentukan masa depan korang. Jawab SPM nie xsampai sebulan pown aku rasa, ape salahnyer korang tinggal kn dunia sosial laman web nie sekejap, tak ade de sisapa pown yg nk korang btau or bangga2 kn. yedak? Lepas SPM nanti korang nak merendek dalam Facebook pown xde sape nak marah, caye lah cakap aku, ape yang korang akn dengar nanti ialah : " UNTUNGG LAAA DA ABES SPM~* >.<  syok beb bile ade orang cakap cmtu kt korang semua~! caye la ckp aku nie~ I'd gone through this okay? hehe..


Harap korang yang dah baca nie tolong tag or share or pass kn kat kawan2 korang yang laen atau memane kenalan korang yang ade dalam batch 0711 ea? *copy link aku kt atas tu then paste kn kat FB korang . Untuk korang and diorang jugak, bukan untuk aku dan korang pown, kn? hehe, lagi sekali dari saya, harap maaf dan selamat menjawab semua! :-)

CHOWZ~