David Cook - Always Be My Baby

Wednesday, November 9, 2011

Kepada semua pelajar BATCH 0711 yang mengenali saya,terutama di S.S.A.S , K.U.S.E.S.S , S.M.K.G.B , T.I.G.S , DAN LAIN LAIN *banyak sangat name skolah, malas aku nak taip!  saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 bagi batch 0711! Semoga kalian berjaya dengan cemerlangnya nanti ! Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan maaf kepada sesiapa yang kecil hati atau pun saya terkasar bahasa ketika anda semua mengenali saya. Walaupun saya bukan batch 0711 sndri..*hehe~namun saya bukan manusia sempurna. Maafkan saya dan selamat berjaya! Saya akn mendoa kan semua pelajar batch 0711 di seluruh Malaysia agar berjaya . Untuk kecemerlangan  negara kita bersama.~ Ikhlas dari saya~Fikri a.k.a Fik a.k.a Freezy Ficx =) 
Dengan demikian, di sini saya ini ingin berkongsi dengan anda semua terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Hari Isnin nanti dan seterusnya. Saya memang tak ada lah pandai mana atau macam kaunselor namun saya buat ini dengan niat dari hati saya sendiri . Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk preparation korang . Antaranya ialah :

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? *kunci yang bukak pintu dewan peperiksaan ? >.< Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.


3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali revise subjek yang korang suka je, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. 

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawabBukan nak bagi korang semua mntx jawapan kt member ok?
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, jangan pikirkan langsung selepas habis peperiksaan. Fokus kan kepada kertas berikut nya.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktuberdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


8. Ini aku buat sendiri~Di kala waktu genting mcm nie , mesti korang semua ingin memberitahu kawan2 atau sesiapa yg istimewa buat anda. Lebih2 lagy dekat Facebook kn? Ha, dalam waktu2 macam nie, korang kalau boleh xyah la online2 selalu kalau boleh jangan online langsung! Tolong set kn mind korang, korang nga duduki SPM, sesuatu yg menentukan masa depan korang. Jawab SPM nie xsampai sebulan pown aku rasa, ape salahnyer korang tinggal kn dunia sosial laman web nie sekejap, tak ade de sisapa pown yg nk korang btau or bangga2 kn. yedak? Lepas SPM nanti korang nak merendek dalam Facebook pown xde sape nak marah, caye lah cakap aku, ape yang korang akn dengar nanti ialah : " UNTUNGG LAAA DA ABES SPM~* >.<  syok beb bile ade orang cakap cmtu kt korang semua~! caye la ckp aku nie~ I'd gone through this okay? hehe..


Harap korang yang dah baca nie tolong tag or share or pass kn kat kawan2 korang yang laen atau memane kenalan korang yang ade dalam batch 0711 ea? *copy link aku kt atas tu then paste kn kat FB korang . Untuk korang and diorang jugak, bukan untuk aku dan korang pown, kn? hehe, lagi sekali dari saya, harap maaf dan selamat menjawab semua! :-)

CHOWZ~

No comments:

Post a Comment