David Cook - Always Be My Baby

Saturday, November 10, 2012

Hai, Assalamualaikum semua!

It's been a long time saya tak jejak kaki kat blog nie. Dalam hati nie terdetik pulak nak tengok blog aku yang dah lama berkepuk habuk sebab dah lama tak datang. Hehe.. Terasa rindu pulak nak blogging. Saya ada satu benda nak share tentang LELAKI. Haa, asyik-asyik kita dengar cerita tentang PEREMPUAN je kan. Sekali sekala kita dengar apa pulak yang perempuan perlu tahu tentang lelaki bila dikaitkan dengan CINTA. Let's check it out-->



18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 

2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.







Ha, macam mana? Adakah anda(perempuan) sudah betul-betul pasti anda sudah kenali lelaki? Well, harap post ini dapat membantu serba sedikit perihal lelaki dalam bab cinta. Setakat ini sahaja post saya untuk kali ini. See ya again~ Chowz!

Thursday, January 19, 2012

About to E.X.P.L.O.D.E !!!

Kau kata aku SELFISH ea? Kau nak tengok perangai aku pulak? Pasal aku deactivate Facebook pown kau nak mengamok kat aku sampai 'kau aku' dengan aku?  hekeleh weyh, bende kecik je nie la yang sampai kau nak marah aku gila babi pesal?? Hmmm..Aku rase aku dah terlebih bagi muke kat kau agaknye. Aku terlalu manja kan kau, aku tau, kau mesti fikir yang aku xkan marah kau kan? Weh, aku pown manusia la,aku pown ade limit sabar jugak taw, nak2 lak aku nie jenis hot temper!

Selama nie aku banyak mengalah nan kau kan, ape kau nak kalau boleh semua aku nak bagi kan, siap datang sana lagi untuk kau kan, TU POWN KAU KATA AKU SELFISH! kang aku cakap lagi, kau kata aku mengungkit, bila aku nak ajar siket kat kau, bagi pengajaran, kau kata aku nak balas dendam. Kau nak tengok aku nye perangai pulak?? Pasal hal nie pown nak buat muka dengan aku, pasal deactivate FB emosi smpi tak contact aku , eleh, kau selama nie tak FB nan aku pown boleh contact dengan boyfriend kau kan? Tak FB pown kau still nan boyfriend kau kan? Ok! KAU TENGOK AKU BUAT PERANGAI PULAK!!!

#MOOD: terlalu bagi muka, kena bagi dia pengajaran siket!!

@ sorry to my readers, aku tak tahan la sedih n pilu yg aku menanggung selama nie, aku tak bagi tahu dia apa aku rasa selama nie sebab aku ingat dia faham apa aku rasa, tapi looks like aku je yang faham dia kat sana, bukan niat untuk showoff, tapi as i mention before, kadang2 blog aku jadi diary aku. cbe tengok link blog aku balik mesti kau faham.