David Cook - Always Be My Baby

Thursday, December 29, 2011

Nikah khitbah: Surat untuk ibu bapa ku yang tercinta!

Sebelum korang baca ini, aku nak korang FAHAM yang post ini bukan untuk korang dan aku tak suruh korang bagi komen yang merepek dan aku tak suruh korang faham pown. Post ini sebenar2 nya hanya untuk diri ku kerana aku lebih selesa tulis disini dan mungkin senang untuk aku copy and paste kat surat betul2 aku nanti. So, harap maklum. Noted!

"Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan umi yang ku cintai. 
Kery pun tak berapa jelas mengapa kery nak tulis surat ni kepada umi dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, kery tak pernah tulis surat untuk umi dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, kery selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang kery tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, kery sebenarnya nak minta redha dari umi dan ayah untuk bernikah. Mungkin umi dan ayah terkejut apabila kery cakap macam ni. Kery bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Kery nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, Kery akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kery bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi kery nak umi dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti kery, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon,  kery dah ada. Umi dan ayah jangan risau , yang penting umi dan ayah bersedia. Kery lebih suka calon tu kery yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk Kery.
Umi dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak kery akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang kery nikahi nanti. Seperti yang kery katakan awal-awal tadi, kery nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh kery belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka kery akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau kery telefon dia, kery dapat pahala, kery rindu kat dia, kery dapat pahala, kery bagi hadiah kat dia, kery dapat pahala malahan kalau kery keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kery tahu umi dan ayah memang selalu cakap mengenai kery dengan 'si dia' itu. Kery tahu, umi dan ayah tidak suka dengan cara kery bersama dengan dia. Nah, bak kata pepatah, surat ini dan kenyataan di atas ibarat seperti "bertemu buku dengan ruas". Kery rasa umi ayah pun setuju yang kita mesti lebihkan ikut agama dari ikut kepala kita sendiri. Dari ikut kepala kery sendiri, lebih baik kery mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan kery masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka kery akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib kery bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM200 sebulan, maka kery akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau atuk bagi umi baju sebagai hadiah, takkan umi tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Umi akan terima juga. Kalau atuk menjamu umi dengan makanan, umi jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau umi dan ayah masih kurang jelas, umi boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Umi dan ayah jangan risau, sebelum kery nak nikah, kery akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri kery. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, kery tangguh dulu. Apa-apa pun, kery tegaskan sekali lagi, kery nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Kery tengok semua kawan-kawan kery nikah awal dalam umur 22 tahun. kery cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu kery tua nanti, kery tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak kery nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Kery juga harap, anak-anak kery nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum umi dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Diharap umi dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Kery nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi kery, kalau kery membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab kery pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja kery membicarakan hal nikah ni ketika mana kery baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, kery dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat kery ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kery tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang kery katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak , mungkin mereka tak setuju dengan keputusan kery ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, kery akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan kery di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. 
Puteramu:
Fikri a.k.a Kery"



# I hope that they can read this because I really-really mean it! I repeat, REALLY-REALLY MEAN IT !! 

Monday, December 12, 2011

PERASAAN YANG AKU SELALU RASA~

AMARAN! POST KALI INI BERUNSUR PERASAAN. JIKA RASA GELI DENGAN POST MENGENAI PERASAAN, SILA BLAH DARI BLOG AKU!!

Korang pernah tak berimpi DAN sedang membina satu istana pasir yang besar, yang sangat-sangat besar? Aku jamin korang mesti pernah berimpi sesuatu yang tinggi. Kemudian, ape yang korang impi kan itu lagi beberapa percent lagi nak achieve, TIBA-TIBA, , it just a hit of one small rock and everything goes wrong at the climate time. Korang pernah rasa tak perasaan macam ni? *errmmmmm.....

Aku tengah rasa perasaan tu, , :'(

It just a few days more to my climate date of year 2011. And suddenly , it just fallen~ just fall, and hancur berkecai~ punah semua harapan aku yang bergunung tinggi yang aku memang komfirm everything's gonna be smooth. Tak apa, aku nie jenis yang senang faham orang. Tapi aku tahu, orang yang paling dekat dengan aku pun masih tak dapat memahami aku . Maybe aku ini jenis yang selalu manipulasi keadaan sampai kan orang lain tak tahu aku happy atau tak, okay atau tak , dalam situasi tersebut.

Aku tak nak orang yang aku kenal tak suka/tak selesa dengan aku yang sangat-sangat sensitif..ini kan pula dengan orang yang aku sangat sangat sayang. So, aku dengan full effort akan tutup dan cover habis semua perasaan aku dengan keluarkan perasaan faham dan suke dan enjoy dengan keputusan orang itu. Namun pada hakikatnya???

Since bulan Mac-Disember 2011(equal to nine months) aku menunggu detik ini, bagi korang jangkamasa nie mungkin sikit, tapi bagi orang yang type macam aku, aku rasa aku berhak untuk sedih. Merindui orang tersayang yang duduk nun jauh dari diri ku, kemudian menangkis perasaan rindu dengan keadaan aku yang dikelilingi perempuan EVERYDAY(sebab aku duduk U, aku berselisih dengan ladies di mana2,bukan sebab aku playboy ok?), dengan aku asyik lihat couple2 sekelilingku bahagia EVERYDAY dengan others challenge-challenge yang aku hadapi EVERYDAY, aku tak ada lah cakap yang aku ni baik, tapi aku tolong couple2 yang hadapi masalah bercinta banyak kali dah tapi aku nya masalah? masih macam tu, masalah orang aku leh selesaikan tapi masalah sendiri??hmmm,lantak korang lah ape yang korang rasa tapi, , aku rasa aku berhak untuk desperate untuk jumpa dia A.S.A.P.

Tapi aku tahu, manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan . Tak apa, aku redha dan aku faham dengan masalah yang engkau hadapi, dengan perasaan yang engkau hadapi, dengan plan yang kau rancang tapi tak jadinya lagi..Aku dapat rasa pengorbanan kau. Sebab itu aku beria-ia / berusaha gila gila untuk jumpa engkau. Tapi aku rasa kita akan dapat jumpa lagy dalam tahun 2012 nanti, sebab aku tahu kau sangat busy every week dan aku sangat tak busy every day and week kn, Dah lama aku nak cakap ini dekat depan kau(LIVE) sambil peluk kau agar kau dapat lihat betapa betul nya aku rasa ini everyday tapi aku tahu, peluang itu sudah hancur punah , , , : "I MISS YOU SO SO MUCH~~" :'( :'( :'(

Sunday, December 11, 2011

THIRST 2011 - TIESTO!

Hello and Welcome back Fick! =.=" Blog nie dah bersawang-sawang dah sebab kau dah lame tinggalkan dia. lepas tu baru sekarang kau nak update semula blog ko nie? *"tak lah, aku just happy bile tengok my baby gurl dah start blogging back!"* Hehe, selepas sekian lama kau berdiam akhirnya kau bermula semula aktiviti masa lapang kau dengan memblogging a.k.a blogwalking ! *sudah lama gua tunggu ini masa~

merujuk kepada perkara di atas, *hah!macambuatkaranganseyh!* Pada 10 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu, Heineken Company buat satu Music Dance Festival yang menjemput The best DJ In The World ke Sepang International Circuit, Sepang, Malaysia iaitu TIESTOOOO!!!!!! Aku bukan nak kata ape la kan, tapi bagi aku that night was the BEST event I've ever had so far !!! Fuyoo besttt gilerrr!

That night aku ber-dance 5 JAM NON-STOP!*korang percaya tak? Tapi seriously korang tak rasa nak berhenti menari pown sebab lagu lagu diorang sangat memukau sasau doe ~ event kau sedar yang kepenatan telah menyelubungi diri korang tapi korang tak boleh nak berhenti sebab lagu yang dimainkan akan memaksa korang untuk terus menari ! #tu yang sampai satu badan aku sakit-sakit sampai sekarang. :-P Malam tu ada 3 DJ yang agak gempak sangat yang hadir tampilkan lagu2 berunsur House, Trance, Electrolica, Hypnotize Trance dan seangkatan dengan genre tersebut. DJ-DJ tersebut ialah DJ Gabriel, DJ Blink dan DJ Tiesto ! Here They Are!!


Dj Blink
Thirst Party Promotion
Dj Tiesto
Sorry, can't show you DJ blink cause aku tak ade picture dia (Gi cari sendiri la kalau nak kenal sangat@)

Antara lagu-lagu Top yang Dj Tiesto main waktu malam 10 Dec :

  • Kaleidoscope (remixed)
  • Escape Me (remixed)
  • Feel It In My Bones(remixed)
  • Knock You Out(remixed)
  • Louder Than Boom(remixed)
  • Surrounded by Light(remixed)
  • Maximal Crazy(remixed)
  • Work hard, Play Hard(remixed)
  • Lethal Industry(remixed)
  • Feel It(remixed)

Semua lagu di atas sudah di Mix kan for more excitement! Perghh!!! Mix tak macam sedap pulak kan~



\o/\0/\o/ Tiesto! , Love You Bro!!!!




~chowz~ 

Friday, November 18, 2011

Most Common Words That Women Use~

FINE 
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. 

LIMA MINIT 
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. 

MENGELUH YANG PERLAHAN 
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 

OKAY LAH 
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. 

BUAT LAH 
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 

TOLONGLAH 
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Wednesday, November 9, 2011

Kepada semua pelajar BATCH 0711 yang mengenali saya,terutama di S.S.A.S , K.U.S.E.S.S , S.M.K.G.B , T.I.G.S , DAN LAIN LAIN *banyak sangat name skolah, malas aku nak taip!  saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 bagi batch 0711! Semoga kalian berjaya dengan cemerlangnya nanti ! Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan maaf kepada sesiapa yang kecil hati atau pun saya terkasar bahasa ketika anda semua mengenali saya. Walaupun saya bukan batch 0711 sndri..*hehe~namun saya bukan manusia sempurna. Maafkan saya dan selamat berjaya! Saya akn mendoa kan semua pelajar batch 0711 di seluruh Malaysia agar berjaya . Untuk kecemerlangan  negara kita bersama.~ Ikhlas dari saya~Fikri a.k.a Fik a.k.a Freezy Ficx =) 
Dengan demikian, di sini saya ini ingin berkongsi dengan anda semua terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Hari Isnin nanti dan seterusnya. Saya memang tak ada lah pandai mana atau macam kaunselor namun saya buat ini dengan niat dari hati saya sendiri . Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk preparation korang . Antaranya ialah :

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? *kunci yang bukak pintu dewan peperiksaan ? >.< Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.


3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali revise subjek yang korang suka je, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. 

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawabBukan nak bagi korang semua mntx jawapan kt member ok?
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, jangan pikirkan langsung selepas habis peperiksaan. Fokus kan kepada kertas berikut nya.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktuberdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


8. Ini aku buat sendiri~Di kala waktu genting mcm nie , mesti korang semua ingin memberitahu kawan2 atau sesiapa yg istimewa buat anda. Lebih2 lagy dekat Facebook kn? Ha, dalam waktu2 macam nie, korang kalau boleh xyah la online2 selalu kalau boleh jangan online langsung! Tolong set kn mind korang, korang nga duduki SPM, sesuatu yg menentukan masa depan korang. Jawab SPM nie xsampai sebulan pown aku rasa, ape salahnyer korang tinggal kn dunia sosial laman web nie sekejap, tak ade de sisapa pown yg nk korang btau or bangga2 kn. yedak? Lepas SPM nanti korang nak merendek dalam Facebook pown xde sape nak marah, caye lah cakap aku, ape yang korang akn dengar nanti ialah : " UNTUNGG LAAA DA ABES SPM~* >.<  syok beb bile ade orang cakap cmtu kt korang semua~! caye la ckp aku nie~ I'd gone through this okay? hehe..


Harap korang yang dah baca nie tolong tag or share or pass kn kat kawan2 korang yang laen atau memane kenalan korang yang ade dalam batch 0711 ea? *copy link aku kt atas tu then paste kn kat FB korang . Untuk korang and diorang jugak, bukan untuk aku dan korang pown, kn? hehe, lagi sekali dari saya, harap maaf dan selamat menjawab semua! :-)

CHOWZ~

Wednesday, August 24, 2011

37 Sifat Lelaki~*yang i sokong sesangat*


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  1. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Sunday, May 15, 2011

---Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita---

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Tuesday, April 26, 2011

The Nightmare ~

HUHH...its been a long time i didn't blogging enh?  Ye la,, sekarang nie aku sibuk gler ar nan keje, sampai takde mase lgsung aku nak mem-blogging taw. Tapi korang mesti tertanye2 wandering nape aku leh blogging kali nie kn. Well, IM STOPPED! heheh..bukan sebab aku malas gi keje or bukan sebab aku malas bekerje or bukan jugak sebab aku nie keje malas..hehe*same je maksudnyer* tapi tmpt aku keje tutup daa..gulung tikarr~~

Well..stop talking bowt me ryte now, ok. about the title above,
Semalam*25April* aku tido kul 10.50 , after she slept. Malam tu aku memang rase aku xleh nk tido . rase cam semacam je malam ni, tapi aku kering je la..tido ajek..maklumla,,badan da penat, *ceh, padehalkan aku tido dari kul 11 pagi sampai la kul 5.30 ptg kowt, tapi still penat, hehehe* then tetibe~~

seingat aku la kan, aku n my parent dekat highway R&R. aku tengah tggu my girl (Amalya Talib) yang baru balek dari kem polis.  Aku mintak kebenarang parent aku nk bagi Amalya tido kt rumah coz dier balek penat2 n parent dier gi oversea, then xde sape nk amek dier(padehal aku dah col nan dier bincang n plan dah dari dalam bas lagy,,kih kih kih) . Then parent aku setuju la..Bile Amalya sampai je, aku terus peluk dier n suroh dier salam my parent, tapi bile aku pggl parent aku,, diorang da balek..ha!? aku terpinga2 la! "mane lak diorang nie? tadi kate boleh tumpangkn tido? then lesap?" aku pown mati idea la tyme tu,

kebetulan pulak kt R&R tu ade hotel tumpangan, aku pown sewa satu bilik. Tapi die tak serve kan macam hotel2 biase, hotel dier macam kem, tau kem? satu bilik besar, then ade dalam 15 set katil double decker. ha tu la kem. hehe..then pastu kn, aku gi dating nan Amalya kt taman sebelah hotel tu.  waktu tu kn, i really can feel the touch of her, the warmth of her . At that time, aku jadi tersangat2 rindu giler tyme tu taw, =(   maklum la, its been a long tyme for me i didnt see her. huhu...then we want to sleep taw , then ktorang masuk la bilik ktorang.

After tu, ktorang nk pilih katil,,tapi orang rmai dah cop taw.Korang tau x sape yang rmai sangat tu,.,.budak2 mat rempit memenuhi katil2 kt situ, ktorang pilih katil atas. then aku dengar diorang (mat rempit) wat bising taw kat bilik ats. Bising giler..then sume orang kluar n gi marah dak2 tu. the diorang still bising2..aku jadi risau nan keselamatan Amalya tyme tu..aku jaga die , peluk dier rapat2 takot bdak2 mat rempit tu tak kacau dier n that marks us as couple. Aku tgk muke der takot , aku jadi serba salah sebab pilih tmpt camtu as dier nyer rest room. Then dier tidur dalam dakapan aku *how sweet* .

Then suddenly kn, ada serbuan polis taw kt Hotel tu, aku n Amalya dah memang kompem selamat coz She's a cop. So waktu spotcheck tu,, aku n Amalya selamat..tapi mat rempit kt katil sebelah ktorang ada seludup dadah kt dalam beg dier. then Amalya wat laporan kt polis tapi tak tau la nape kn,, awek aku kene tangkap taw..aku punyer la bengis..aku nk serbu n maki polis tu! ye la.dah bini aku tak salah pehal lak dier nk tangkap dier kn..S**L BTOL!!

Tyme aku nk serbu tu.. tetibe kawan2 sesekolah aku tahan aku(nabil adli n Nabil muzaffar) *yela..nie kan mimpi..so macam2 leh blaku kn..* hen diornag bawak aku lari selamatkan aku..aku jerit.."weh, Amalya aku weyh! Lepas kan aku!" "jangan leman..nti ko kne tangkap skali~" "pegi la mampos!! aku nk selamatkan dier!!" Sabar leman..nanti kte plan selamat kan dier..Doirang bukan Polis, Diorang geng kongsi gelap leman! memang la diorang berpakaian polis, itu penyamaran je" Aku nan muke sedih+marah terpaksa akur nan ape yg jadi kt amalya.

 Then aku sedar2 aku kt atas bukit yang ada air terjun yang sangat tinggi n aku sedang menaiki basikal. Maybe waktu tu aku pikir "aku kene selamatkan Amalya sekarang'' so aku tinjau sekeliling n aku nmpk hotel tu kt bawah bukit tu..Aku pown rushing nek basikal tu ke bawah tok carik Amalya.. bukit tu punyer lah licin..aku kejap2 brek, kejap2 brek..then nak terjatuh ..sumpah aku cakap kt korang..aku sangat risau giler tyme tu! tak tau la ape korang pikir kn..aku takesah! aku yang mimpi, aku punyer bini, aku memang risau tyme tu.

Bile aku sampai bawah, aku pusing2 carik mane si amalya nie.. "mane baby aku, , " 'mane nie?" sambil menangis+risau aku carik lagy..then aku berhenti kt satu bilik n aku nmpk gamba Amalya n ade tulisan kt satu almari kt situ. die tulis " Nak Amalya, cari la kalau dapat. aku bagi masa sampai kul 8 pagi . kalau kaw tak jumpe..die aku punye! - Blaze " mungkin nie orang kongsi gelap tu..then ada sorang ahli kongsi gelap tu datang dari belakang n tarik baju aku, kt genggaman dier ade brass knuckle (yang digunakan ntuk tumbuk orang) then bile dier nk tumbuk aku,ade sorang nie tangkap tgn dier n belasah orang tu nan beberapa tumbukan bertubi2..bile aku tanyer sape dier, die jawab " Awek kaw diorang bawak nek highway kt sane..geng2 aku nga keja diorang . ko amek bike aku, gi kejar diorang.." aku tgk rusuk belah kiri dier dah kene tembak. Aku cakap nan dier " trime kaseh bro..gwa ingat lu sampai mati"

baru aku tau yang sume mat rempit2 tu rupenyer berpihak pada aku n kawan2 aku tadi mat rempit gak tapi diorang kepala mat rempit.. tu yang diorang tolong aku, aku tak perasan lak diorang waktu ktorang masuk hotel waktu tu. Ape lagy, aku pown rush masuk bilik aku tok wat persediaan nk kejar diorang..then suddenly aku ternampak gamba Amalya lagy kt atas meja aku. aku nanges tyme tu "sayanggg,,bie carik sayang taw, bie tetap gi selamatkan bebie..jgn takot sayang,,,bie carik sayang" aku cakap sambil menanges sambil menatap gamba dier yang tengah bergamba nan aku kat BP Mall ,

aku lekas2 nek moto mat rempit tadi n terus kejar orang kongsi gelap tu. aku speed bagai nk giler, mencilok bagai nk giler...then aku nmpk rmai2 mat rempit ngah kejar sekonvoi kete2 sambil baling barang kt kete tu. aku rase tu mungkin kumpulan yang aku carik2 tu..aku pegy kt diorang n tanyer." weyh..awek gwa mane? dalam kete mane? " diorang cakap , " gwa nmpk kete yang bawak awek lu diorang dah speeding tadi" "asal tak kejar sengal!?"  die nek modified Viper de, moto modified gwa pown xmampu kejar , sory brade," " aku punye lah bengang, aku kick moto dier then aku shoot keja kete depan tu...then SUDDENLY~~~~~

Aku tersedar dari tidur aku! "ALAMAK !! HUHU, MANE AMALYA!?"  aku jadi xtentu arah kejap..then aku terpndang, pintu bilik aku terbukak, adek aku tido kt katil sebelah, bilik aku gelap, kt lua hujan, badan aku berpeluh2. Aku bgun dari katil aku, then aku tgk jam kt ruang tamu, "12.52 ???"  "tapi, , , ,Tapi, , mane baby aku? aku nak dier mane dier? " aku kerisauan.

END~~~~

YOU all nak tau tak,, aku tak boleh tidor malam tu sampai kul 3 pagy. Aku rase cam mimpi aku tu betol ! aku tak tipu korang. nie citer betol. Aku text baby aku right after aku basuh muka n badan aku lepas aku tersedar dari mimpi aku tu. Aku text dier "sayang, bie nightmare, bie hilang sayang! Waa sayang, sayang col me sayangggg, sayang , :'( :'( " Tpi tidak berbalas....."bebie, bie risau nie, nk dgr suare sayang, sayangg,,," pown tidak berbalas..korang boleh pikir ar camne perasaan aku tyme tu kn,         *korang jangan salah anggap.,die tido awal malam tu due to nk study awal pagy kul 4. kay? She a perfect woman!. i cant live without her. Even in a dream~

P/S : IMISSYOU AMALYA TALIB <3<3<3  SO FREAKING DAMN MUCH.

CHOWZ~