David Cook - Always Be My Baby

Thursday, December 29, 2011

Nikah khitbah: Surat untuk ibu bapa ku yang tercinta!

Sebelum korang baca ini, aku nak korang FAHAM yang post ini bukan untuk korang dan aku tak suruh korang bagi komen yang merepek dan aku tak suruh korang faham pown. Post ini sebenar2 nya hanya untuk diri ku kerana aku lebih selesa tulis disini dan mungkin senang untuk aku copy and paste kat surat betul2 aku nanti. So, harap maklum. Noted!

"Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan umi yang ku cintai. 
Kery pun tak berapa jelas mengapa kery nak tulis surat ni kepada umi dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, kery tak pernah tulis surat untuk umi dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, kery selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang kery tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, kery sebenarnya nak minta redha dari umi dan ayah untuk bernikah. Mungkin umi dan ayah terkejut apabila kery cakap macam ni. Kery bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Kery nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, Kery akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kery bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi kery nak umi dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti kery, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon,  kery dah ada. Umi dan ayah jangan risau , yang penting umi dan ayah bersedia. Kery lebih suka calon tu kery yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk Kery.
Umi dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak kery akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang kery nikahi nanti. Seperti yang kery katakan awal-awal tadi, kery nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh kery belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka kery akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau kery telefon dia, kery dapat pahala, kery rindu kat dia, kery dapat pahala, kery bagi hadiah kat dia, kery dapat pahala malahan kalau kery keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kery tahu umi dan ayah memang selalu cakap mengenai kery dengan 'si dia' itu. Kery tahu, umi dan ayah tidak suka dengan cara kery bersama dengan dia. Nah, bak kata pepatah, surat ini dan kenyataan di atas ibarat seperti "bertemu buku dengan ruas". Kery rasa umi ayah pun setuju yang kita mesti lebihkan ikut agama dari ikut kepala kita sendiri. Dari ikut kepala kery sendiri, lebih baik kery mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan kery masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka kery akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib kery bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM200 sebulan, maka kery akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau atuk bagi umi baju sebagai hadiah, takkan umi tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Umi akan terima juga. Kalau atuk menjamu umi dengan makanan, umi jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau umi dan ayah masih kurang jelas, umi boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Umi dan ayah jangan risau, sebelum kery nak nikah, kery akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri kery. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, kery tangguh dulu. Apa-apa pun, kery tegaskan sekali lagi, kery nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Kery tengok semua kawan-kawan kery nikah awal dalam umur 22 tahun. kery cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu kery tua nanti, kery tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak kery nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Kery juga harap, anak-anak kery nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum umi dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Diharap umi dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Kery nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi kery, kalau kery membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab kery pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja kery membicarakan hal nikah ni ketika mana kery baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, kery dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat kery ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kery tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang kery katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak , mungkin mereka tak setuju dengan keputusan kery ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, kery akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan kery di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. 
Puteramu:
Fikri a.k.a Kery"



# I hope that they can read this because I really-really mean it! I repeat, REALLY-REALLY MEAN IT !! 

No comments:

Post a Comment